MALAYSIA berharap pengeksport beras dalam kalangan ASEAN, dapat mengutamakan bekalan kepada negara anggotanya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, perkara itu akan dibawa ke sesi perbincangan dua hala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 hari ini.
“Mungkin pada sesi bilateral, akan dibangkitkan seperti kita mahu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan eksport beras kepada negara anggota ASEAN.
“Itu kita akan buat pada sesi bilateral. Dia bukan secara umumnya, kerana bukan semua negara ASEAN ada beras,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan AMAF ke-45 hari ini.
Baca artikel lain: Muhyiddin mohon lepas, bebas 3 pertuduhan jenayah di Mahkamah Sesyen
Sesi perbincangan dua hala Malaysia dan anggota ASEAN dijadual berlangsung petang ini, dengan Malaysia diketuai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Selain Jepun, sesi perbincangan dua hala itu akan diadakan bersama dengan Thailand serta Institut Kajian Ekonomi untuk ASEAN.
Thailand dan Vietnam adalah antara pengeluar beras utama ASEAN ketika ini.
Sementara itu, ditanya isu tular berkaitan rungutan petani kononnya harga padi menurun sejak 63 tahun, Foong Hin berkata, dakwaan itu akan diteliti dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
“Pagi ini menteri sedang dalam mesyuarat Kabinet. Memang ada perbincangan tentang isu beras,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

