EMPAT kawasan di Johor berada dalam kualiti udara tidak sihat apabila merekodkan indeks melebihi 101 hingga 200 setakat pukul 4 petang tadi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan tersebut adalah Larkin, Pasir Gudang, Batu Pahat dan Kota Tinggi.
Daripada empat kawasan tersebut, Larkin mencatatkan kadar tertinggi indeks pencemaran udara (IPU) 160 diikuti Pasir Gudang (156); Batu Pahat (153) dan Kota Tinggi yang merekodkan indeks 123.
Sementara itu, Nilai di Negeri Sembilan turut menyaksikan kualiti udara di paras tidak sihat iaitu 105.
Sebanyak 54 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana.
Baca artikel berkaitan: Dua kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Lapan kawasan pula berada pada paras yang baik dengan tiga daripadanya di Pulau Pinang.
Kawasan tersebut adalah Seberang Jaya (43); Minden (44) dan Balik Pulau iaitu 48.
Pada masa sama, Langkawi mencatatkan IPU 32, Sungai Petani (40) dan Taiping (50).
Dua kawasan di Sabah iaitu Kota Kinabalu dan Kimanis turut merekodkan bacaan baik iaitu 35 serta 28.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

