EMPAT kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, dengan Cheras mencatatkan bacaan tertinggi 169, setakat 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah di Batu Pahat (158) dan Larkin, Johor (137) diikuti Bukit Rambai, Melaka (156).
Sementara itu, 60 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Baca artikel berkaitan: Malaysia utus surat kepada Indonesia selesai masalah jerebu
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

