Polis buru dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS sedang giat menjalankan usaha bagi mengenal pasti dalang utama yang menyeludup 43 rakyat negara ini ke Peru yang berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa republik itu selepas menjadi manga pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan merakam keterangan kesemua mangsa yang terlibat untuk mengesan pihak yang merekrut kesemua mangsa berkenaan ke Peru.

“Sekiranya kita sudah kenal pasti dalangnya, kertas siasatan akan dibuka untuk tentukan orang-orang yang terlibat iaitu perekrut akan ditangkap untuk siasatan pihak polis.

“Setakat ini pihak Kementerian Luar dalam usaha untuk membawa pulang kesemua 43 mangsa sebelum polis laksanakan tindakan selanjutnya,” katanya pada satu sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya difahamkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 26 orang wanita dan 17 orang lelaki itu tiba di Peru pada 29 September lepas sebelum ditahan oleh pihak berkuasa pada Sabtu lalu.

Baca: Belanjawan 2024: Akui rakyat terkesan, PM dijangka umum langkah kurangkan kos sara hidup

Selain itu katanya, mangsa-mangsa berkenaan juga terdiri daripada 40 orang berbangsa Melayu manakala tiga lagi berbangsa Cina berusia sehingga 36 tahun.

Dalam pada itu beliau menegaskan pihaknya akan terus memberikan kesedaran kepada orang ramai di dalam negara ini tentang sindiket penipuan kerja meskipun usaha berkenaan telah dijalankan sejak sekian lama di pelbagai platform.

“Kita akan terus memberikan penerangan kepada rakyat Malaysia bahawa mana-mana tawaran pekerjaan ke luar negara perlu diteliti terlebih dahulu. Sindiket sebegini telah menyebabkan ramai rakyat kita terkandas di mana-mana.

“Malah sebelum ini ada mangsa diseksa oleh pihak sindiket ekoran tidak menepati KPI (sasaran) pekerjaan walaupun menerima pekerjaan tidak seperti apa yang dijanjikan,” ulasnya lagi.

Sebelum ini media melaporkan seramai 43 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa Macau Scam berjaya diselamatkan selepas dilarikan ke negara di Amerika Selatan, Peru.

Menurut Kementerian Luar, semua mangsa terbabit yang dipercayai menjadi mangsa penyeludupan manusia berjaya diselamatkan pihak polis republik itu dalam satu serbuan di sekitar ibu negara republik itu, Lima.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, lawatan konsular oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima ke atas kesemua mangsa mendapati mereka berada dalam keaan baik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This