AHLI Parlimen Kuala Kangsar dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa hari ini.
Memetik laporan The Star Online, Iskandar Dzulkarnain menegaskan keputusan tersebut diambil dalam usaha meringankan beban rakyat di Kuala Kangsar yang berhadapan peningkatan kos sara hidup.
Beliau juga mahu melihat sama ada Perdana Menteri akan menepati janji berhubung peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu mendakwa Anwar pernah berkata bahawa peruntukan akan disalurkan kepada ahli Parlimen yang menyokong dasar kerajaan.
“Saya percaya ekonomi mesti dipertingkatkan bagi memajukan negara dan demi kesejahteraan rakyat.
“Oleh itu, saya akan menyokong usaha Perdana Menteri untuk mengukuhkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan kepada The Star Online.
Bagaimanapun, Iskandar Dzulkarnain memaklumkan masih setia kepada Bersatu dan tidak akan mengkhianati parti tersebut.
Baca artikel berkaitan: Anwar hargai pengorbanan warga Perbendaharaan siapkan Belanjawan 2024
Walaupun berdepan risiko tindakan tatatertib oleh partinya, namun beliau mengakui tidak tahan lagi melihat Kuala Kangsar ketinggalan dan terabai hanya kerana perbezaan politik.
“Saya tidak akan sekali-kali mengkhianati parti saya, Bersatu, dalam apa jua keadaan. Saya menjunjung prinsip kesetiaan dan kesetiaan kepada parti.
“Justeru, saya membuat keputusan ini bagi menyokong inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu, Iskandar Dzulkarnain mewakili PN berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Kangsar daripada Barisan Nasional selepas memperoleh 14,380 undi.
Beliau menewaskan calon BN, Datuk Maslin Sham Razman yang mendapat 10,814 undi serta calon Pakatan Harapan, Dr Ahmad Termizi Ramli (10,356 undi).
Seorang lagi calon mewakili Pejuang iaitu Dr Yusmalia Mohamad Yusof hilang deposit apabila menerima 204 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

