Iskandar Dzulkarnain sahkan terima peruntukan wakil rakyat

Dari Penulis

AHLI Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang telah menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mengesahkan telah pun menerima peruntukan daripada kerajaan.

Bagaimanapun, Iskandar Dzulkarnain tidak mendedahkan jumlah peruntukan yang telah diterimanya setakat ini.

Memetik laporan Sinar Harian, wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memaklumkan peruntukan berkenaan akan digunakan bagi membiayai program kebajikan rakyat di Kuala Kangsar.

Menurut Iskandar Dzulkarnain, beliau belum lagi menerima peruntukan secara penuh.

“Saya beru terima peruntukan awal, belum dapat besar lagi, baru sikit-sikit sahaja.

“Amaun itu tak perlulah saya dedahkan, jika ada yang nak tahu boleh semak daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan).

“Alhamdulillah, apa yang ada ini saya dapat bantu meringankan beban penduduk Kuala Kangsar lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut memberi jaminan segala perancangan yang tidak dapat dilaksanakan di Parlimen Kuala Kangsar akan diteruskan pada tahun hadapan.

Baca artikel lain: Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli, ada lagi selepas ini?

Jelasnya, ia termasuk program pembangunan ekonomi rakyat, meningkatkan kemudahan infrastruktur, bantuan kebajikan bagi mereka yang mengalami sakit kronik serta dana pendidikan.

“Saya harap penduduk Kuala Kangsar bekerjasama dengan saya.

“Peruntukan yang diberikan PMX (Perdana Menteri ke-10) kepada saya, ingin saya menyerahkan kembali untuk kegembiraan rakyat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas desakan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya beliau mengosongkan kerusi itu, Iskandar Dzulkarnain menegaskan perkara itu tidak wajar dibangkitkan.

“Biarlah dia buat kenyataan itu sebagai Timbalan Presiden Bersatu, baik saya bantu rakyat yang memerlukan pertolongan saya sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Iskandar Dzulkarnain menjadi ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) pertama yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakannya itu kemudiannya disusulu empat lagi wakil rakyat yang semuanya dari Bersatu iaitu Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This