SEORANG lelaki warga asing tular selepas cuba masuk ke dalam sebuah kereta orang awam kini ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1162
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu ditangkap orang awam sebelum membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Katanya, kejadian berlaku di tepi Jalan AU 3/7 Taman Keramat, Kuala Lumpur, pukul 8.40 malam tadi.
“Anggota polis yang tiba telah membuat pemeriksaan pada tubuh suspek dan tidak menemui barang salah.
“Semakan dokumen mendapati suspek telah tinggal di dalam Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, pemilik kenderaan enggan mengambil tindakan atas dakwaan cuba menceroboh keretanya.
“Suspek berusia 34 tahun telah ditahan dan semakan mendapati tiada sebarang rekod jenayah serta ujian air kencing negatif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

