MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan terus memperkukuh usaha pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa sains serta teknologi di negara ini dengan memberi peruntukan mencukupi dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentang, Jumaat ini.
Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani MPM, Kamal Shukri Abdullah Sani menyifatkan bahasa Melayu yang sekadar tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sahaja sejak 1957 dilihat tidak mencukupi.
Menurut beliau, apa yang penting adalah pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa Melayu dalam semua bidang.
Kamal Shukri berkata, pindaan akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang difahamkan masih ‘tersangkut’ di Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu dipercepat.
“Begitu juga dengan naskhah Perlembagaan Persekutuan yang wajib diumum segera secara rasmi bahawa teks sahihnya iaitu teks dalam bahasa Melayu.
“Hal penting ini tidak wajar ditangguhkan lagi kerana telah bertahun disiapkan sehingga boleh menjadi pertikaian dalam urusan perundangan dan kehakiman.
“Pemurnian istilah dan sebagainya boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh AGC, DBP dan pihak yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Ismail Sabri yakin PM martabatkan bahasa Melayu
Sementara itu, Kamal Shukri juga mahu program Dwibahasa (DLP) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang dilihat warisan ‘muslihat’ Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) wajar dihentikan segera.
Katanya, ia selaras dengan usaha memperkukuh bahasa Melayu bagi pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.
Beliau berkata, MPM membantah keras sebarang usaha untuk melanjutkan lagi program DLP-PPSMI ini dan tidak patut diberi sebarang peruntukan dalam Belanjawan 2024 nanti.
“Sebagai negara yang menjulang konsep Madani wajarlah negara kita mencontohi bangsa yang berjiwa besar yang membangun negara mereka dengan bahasa sendiri.
“Jika bukan bangsa-bangsa dan pemimpin di Malaysia sendiri yang gigih untuk tujuan ini, siapakah lagi yang hendak diharapkan.
“Justeru, MPM merayu campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selaku pejuang bahasa kebangsaan tulen sejak era tujuh puluhan agar tidak tunduk kepada sebarang tekanan daripada mana-mana golongan anglophiles yang masih terjajah mindanya dan terus memuja bahasa negara lain walaupun sudah lebih enam puluh tahun merdeka,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

