Malaysia ke final Pestabola Merdeka, tewaskan India 4-2

Dari Penulis

SKUAD Harimau Malaya berjaya membuktikan kemampuannya berhadapan dengan pasukan yang berada dalam rangking lebih baik apabila menewaskan pasukan India 4-2 dalam perlawanan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Kemenangan tersebut melayakkan Malaysia untuk berjumpa Tajikistan dalam perlawanan final Pestabola Merdeka Selasa ini selepas pasukan itu turut layak ke perlawanan akhir selepas mendapat ‘bye’ apabila pasukan Palestin menarik diri kerana pergolakan yang berlaku di negara mereka.

Harimau Malaya membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh hasil percubaan Dion Cools ketika berlaku situasi kelam kabut di dalam kotak penalti India selepas sepakan sudut dilakukan Endrick Dos Santos.

Kedudukan itu bagaimanapun bertahan enam minit apabila India menyamakan kedudukan hasil rembatan jarak dekat Naorem Mahesh Singh yang tidak berjaya diselamatkan penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Tujuh minit kemudian, Harimau Malaya kembali berada di hadapan apabila Arif Aiman Hanapi tiada masalah menyempurnakan sepakan penalti selepas Nikhil Chandrashekhar menjatuhkan Darren Lok di dalam kawasan penalti.

Ketika aksi babak pertama berbaki tiga minit, Faisal Halim meletakkan Harimau Malaya di hadapan selepas bijak membuat larian sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol India, Gurpreet Singh buat kali ketiga.

India yang merupakan pasukan yang sedang meningkat naik tahun ini berjaya merapatkan kedudukan apabila kapten mereka, Sunil Chtri berjaya mendapat jaringan enam minit beraik separuh masa kedua bermula.

Situasi sedikit tegang pada minit ke-56 apabila beberapa pemain India menyerbu penjaga garisan selepas mereka mendakwa bola hasil percubaan Lallianzuala Chhangte sudah melepasi garisan gol, namun bantahan itu tidak mengubah keputusan pengadil.

Lebih malang buat skuad The Blue Tigers itu apabila pintu gol mereka bocor lagi pada minit ke-61 dan kali ini menerusi pemain pertahanan, La’vere Corbin Ong yang menyudahkan umpanan Faisal, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya skuad kendalian Kim Pan Gon.

Penjaring:

————–

MALAYSIA: Dion Cools (minit ke-7), Arif Aiman Mohd Hanapi (penalti- 20’) Mohamad Faisal Abdul Halim (42’), Corbin Ong (61’)

INDIA: Naorem Mahesh Singh (13’), Sunil Chhetri (52’)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This