SEBANYAK 18 peratus daripada 141,043 pengundi berdaftar telah pun keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, setakat pukul 10 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kemas kini terbaharu peratusan keluar mengundi dimuat naik dalam media sosial.
Tepat pukul 8 pagi tadi, 49 pusat mengundi dengan 244 saluran bagi PRK Parlimen Kemaman dibuka sehingga 6 petang nanti.
Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu boleh mencapai sehingga 70 peratus, namun bergantung kepada keadaan cuaca, yang diramalkan hujan sepanjang hari di kawasan parlimen berkenaan hari ini.
Secara keseluruhan 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Baca artikel lain: 49 pusat mengundi PRK Kemaman dibuka 8 pagi tadi
Bagaimanapun semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 Nov lepas.
PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.
Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
PRK Kemaman merupakan PRK keenam diadakan selepas PRU15 pada 19 Nov lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu, PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 Sept, PRK DUN Pelangai pada 7 Okt dan PRK Parlimen Jepak pada 4 Nov.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram