Aishah tersingkir All Stars Gegar Vaganza- “Jujur tidak tahu… kenapa saya dinilai dengan teruk”

Dari Penulis

TERSINGKIR minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV), penyanyi Datuk Aishah akui kecewa apabila dia diumumkan sebagai perserta tercorot walalupun dia yakin persembahan yang dilakukan tiada sebarang kesalahan.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia tidak mengetahui punca persembahannya bersama Vince dengan lagu taruhnya ‘Terlanjur Cinta’ dinilai dengan teruk sehingga memperoleh hanya 43.75 peratus secara keseluruhan daripada juri.

“Saya rasa (persembahan) okay sahaja. Saya rasa saya tidak buat sebarang kesalahan.

“Saya secara jujur tidak tahu… kenapa saya dinilai dengan teruk iaitu hanya 43.75 peratus sahaja. Itu gagal tau,” katanya memetik laporan mStar.

Aisyah turut mengulas mengenai penyingkirannya itu selepas konsert minggu keempat ASGV yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Disoal adakah persembahannya layak mendapat markah lebih tinggi dan adakah dia sepatutnya mara ke minggu seterusnya. Namun, dia enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Nanti orang kata aku bitter.

“Saya rasa saya buat okay. Saya tidak buat sebarang masalah, katanya.

Selain itu, Aisyah tidak menafikan tindakannya yang lantang bersuara itu mungkin menjadi punca dia tersingkir awal.

Bagimanapun, dia tetap dengan pendiriannya untuk bersuara sekiranya sesuatu perkara bercanggah dan harus ditegur.

“Saya secara jujur tidak tahu. kenapa saya dinilai dengan teruk.

“Saya tidak pasti. Saya selalu lantang. Saya pada usia begini malas nak bising-bising, tapi kalau ada benda yang menurut saya tidak kena, ia tak boleh diteruskan. Jadi saya akan cakap sesuatu.

“Walaupun satu auditorium melawan saya, saya tidak takut untuk mengata tidak kepada perkara yang tidak betul,” ujarnya.

Terdahulu, perjalanan Aishah dalam ASGV terhenti apabila dia diumumkan tersingkir pada minggu keempat pertandingan pada
malam Ahad.

Menurut juri tetap dari Indonesia, Datuk Hetty Koes Endang dalam komennya tidak menafikan kehebatan vokal Aishah namun berpendapat bahawa pelantun lagu ‘Janji Manismu’ itu kurang memukau daripada segi emosi pada persembahannya minggu itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This