Doktor di Gaza terkejut terima jenazah anak di hospital

Dari Penulis

RUTIN harian seorang doktor di sebuah hospital di Gaza memberikan rawatan kepada penduduk Palestin sedikit berbeza hari ini apabila dia menerima kedatangan ahli keluarganya sendiri yang terkena serangan udara tentera Israel.

Tambah mengejutkan bagi doktor itu, seorang anak lelakinya terkorban manakala anak-anaknya yang lain cedera dalam serangan berterusan tentera rejim di semenanjung tersebut sejak 7 Okt lalu.

Kisah menyayat hati dialami doktor yang tidak didedahkan namanya itu merupakan antara penderitaan dikongsi Agensi Berita Palestin Wafa di laman Facebook agensi itu pada Ahad.

Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan seorang doktor dengan memakai uniform kerja berwarna hijau sedang mententeramkan anak-anaknya yang cedera dan trauma yang mendapatkan rawatan di premis bapa mereka bekerja.

Pada video video sama, bapa itu dilihat terkejut dengan mengangkat kedua-dua tangan dan menyapunya ke muka selepas melihat jenazah anak lelakinya yang terbaring kaku di katil hospital.

Doktor itu kemudiannya beredar dan ditenteramkan lelaki lain dipercayai rakan sekerjanya.

Agensi Berita Wafa turut berkongsi hantaran video lain mengenai kanak-kanak Palestin yang trauma dan ketakutan susulan serangan udara tentera Israel.

Konflik yang bermula Sabtu lepas mengakibatkan sekurang-kurangnya sejuta penduduk Gaza hilang tempat tinggal susulan serangan udara berterusan tentera rejim di Gaza.

Ini selepas Israel mengeluarkan amaran agar penduduk Palestin di utara dan tengah Gaza berpindah ke selatan selepas dipercayai akan melancarkan operasi darat besar-besaran di wilayah itu.

Dalam kenyataan bersama, Liga Arab dan Kesatuan Afrika menyifatkan konflik itu akan membawa kepada genosid yang tidak pernah berlaku.

Setakat Ahad, sekurang-kurangnya 2,450 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera rejim di Gaza manakala lebih 9,200 lagi cedera.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This