E-waste: KP, Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar direman 7 hari

Dari Penulis

KETUA Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan seorang penolong pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) direman tujuh hari berkaitan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Berita Harian melaporkan, seorang lagi orang awam direman tiga hari hingga Ahad ini melibatkan siasatan sama.

Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan reman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, kesemua mereka tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi pendengaran perintah reman susulan penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan isu pengurusan e-waste.

Baca artikel lain: Hari Keselamatan Internet 2026 perkukuh peranan ibu bapa kawal penggunaan internet anak-anak

Kesemua mereka berpakaian lokap warna oren dan bergari tiba kira-kira 9 pagi diiringi pegawai SPRM.

Media melaporkan, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS ditahan sekitar 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This