Beri peluang anak muda jadi calon wakil rakyat – Pemuda Pas

Dari Penulis

KEPIMPINAN Pas digesa agar lebih serius memberi ruang dan peluang kepada anak muda untuk tampil mewakili parti itu sebagai calon wakil rakyat.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya terkilan dengan keputusan parti yang meletakkan jumlah minimum calon anak muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.

Menurutnya, anak muda Pas merupakan pihak yang memberikan sokongan tinggi kepada parti dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 tahun lalu.

“Jika dibincang dari konteks ketua Pemuda negeri, hanya satu sahaja ketua Pemuda Pas negeri bertanding di kerusi Kota Anggerik di Selangor, manakala lima lagi negeri tidak membariskan ketua Pemuda negeri atas pelbagai sebab dan faktor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Pemuda pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Shah Alam.

Mengulas lanjut, Fadhli menegaskan Pemuda Pas bukan semata-mata mahu menjadi calon wakil rakyat sebaliknya mahu mengelak tanggapan salah anak muda mengenai peluang mereka.

“Justeru, di dalam mengisi kemenangan di negeri-negeri yang ditadbir, pemuda menggesa agar ruang-ruang dalam kerajaan diperbanyakkan tenaga pelapis muda dengan perbincangan bersama Pemuda Pas negeri-negeri agar tenaga yang bertungkus lumus di peringkat parti turut sama didedahkan dalam agenda berkerajaan,” katanya.

Sementara itu, Fadhli mengakui penerimaan pengundi atas pagar bukan Melayu kepada idea dan pendekatan Pas masih perlu ditambah baik.

“Taktik menakut-nakutkan rakyat atas pagar bukan Melayu dengan isu perkauman dan agama masih diguna pakai untuk melebarkan jurang.

“Namun, anak muda tidak boleh berputus asa dan berpeluk tubuh dalam memastikan pengundi atas pagar bukan Melayu ini memahami politik matang dan sejahtera yang Pas sedang bawa,” katanya.

Beliau berkata, Pas adalah parti mengamalkan politik matang dan sejahtara dengan tidak meminggirkan bukan Melayu apabila melantik Adun Gerakan sebagai salah seorang Exco di Kedah, walaupun parti itu hanya memenangi satu kerusi.

“Selain itu, Pas juga melantik senator bukan Melayu dan pegawai khas menteri besar Kedah bukan Melayu,” katanya lapor Free Malaysia Today.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This