Pas yakin kembali ke Putrajaya tidak lama lagi – Tuan Ibrahim

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yakin parti itu akan kembali menerajui kerajaan persekutuan tidak lama lagi dan harus bersedia untuk itu.

Beliau berkata, keyakinan itu turut dinyatakan pemimpin luar negara yang menemuinya setelah mereka percaya masa depan Malaysia terletak di tangan Pas dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita punyai peluang menerajui (kerajaan) persekutuan dalam tempoh tidak lama lagi. Pas pasti bersama PN akan menerajui kerajaan pada masa hadapan.

“Saya dikunjungi ramai pimpinan, wakil kedutaan asing pimpinan negara luar yang membuat kesimpulan masa depan negara terletak pada PN dan Pas.

“Kita harus bersedia menerajui kerajaan, Pemuda mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya menurut Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda Pas kali ke-64 di Shah Alam, malam tadi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen, sebaliknya kembali sebagai pembangkang selepas menang 43 kerusi dan ia “tanda kiamat semakin hampir”.

“(PRU15) Kita mencapai kemenangan, walaupun tidak memerintah negara. Waktu kita (menang) 18 kerusi (Parlimen) kita jadi kerajaan, waktu kita berada di kerusi yang besar (menang lebih banyak kerusi) kita jadi pembangkang.

“Ini antara tanda hampirnya kiamat,” katanya disambut gelak ketawa perwakilan Pemuda.

Pas membentuk kerajaan bersama Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama 33 bulan bermula 2020 dan diberikan peranan tiga jawatan menteri dan lima timbalan menteri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This