Ibu bapa tidak perlu isi borang BAP, rekod mereka telah ada di sekolah – Fadhlina

Dari Penulis

IBU bapa dan penjaga tidak perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 yang diumumkan Isnin lepas kerana ia akan disalurkan mengikut rekod yang ada di sekolah anak masing-masing, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Bercakap kepada media selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan di Putrajaya hari ini, beliau berkata BAP yang akan disalurkan Januari 2024 kepada setiap pelajar, akan dibuat sama seperti sebelum ini.

“(BAP) untuk semua pelajar. Kami mengekalkannya seperti tahun lepas. Dia (nama pelajar) memang ada di sekolah, rekod itu sudah ada, mereka (ibu bapa dan penjaga) hanya perlu pergi ke sekolah dan ambil macam biasa. Itu proses macam biasa, macam tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Isnin lepas, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak  RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, khusus untuk tujuan BAP.

Kementerian memaklumkan bayaran BAP akan diberikan secara sekali bayar melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing, yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

BERITA BERKAITAN Kerajaan pertimbang beri subsidi secara tunai – PM

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM komited untuk mencapai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah bagi memastikan saranan dan intervensi yang diperlukan klien berjalan dengan efisien dan efektif.

Tanpa menyatakan berapa nisbah terkini dan bila sasaran itu akan dapat dicapai, beliau berkata KPM bekerja keras untuk memastikan sasaran itu dapat dijayakan.

Sementara itu ketika berucap, Fadhlina berkata pendekatan kaunseling khusus kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) perlu diberikan tumpuan.

“Dalam memberikan perkhidmatan kepada MBPK, guru bimbingan dan kaunseling perlu memahami aspek silang budaya, iaitu dalam konteks ini adalah budaya MBPK yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) .

“Justeru, guru bimbingan dan kaunseling perlu lebih kreatif dan membuat inovasi supaya proses bimbingan dan kaunseling yang khusus dan lebih sesuai dapat dijana dan dilaksanakan terhadap klien MBPK,” katanya.

Pada majlis itu, Fadhlina turut melancarkan enam dokumen iaitu Pelan Pembangunan Kompetensi Kaunselor Pendidikan Serta Guru Bimbingan dan Kaunseling; Buku Panduan Intervensi Krisis; Modul Pelaksanaan Intervensi Krisis; Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Kaunseling KPM 2023/2025; Panduan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM dan Kit Pasca Insiden Bunuh Diri Dalam Talian.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This