“Kalau tiada kepercayaan mungkin sekarang saya dah tidak bersama Aliff”- Bella Astillah

Dari Penulis

SUSULAN daripada perbalahan isu rumah tangga sebelum ini, Bella Astillah akui masih mempunyai rasa percaya kepada suaminya Aliff Aziz.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, kepercayaan adalah kunci rumah tangga dan salah satu sebab dia masih lagi bersama suaminya itu.

“Kepercayaan itu penting, Bella rasa kalau tiada kepercayaan mungkin sekarang saya dah tidak bersama Aliff.

“Bella beri Aliff peluang cuma saya harapkan yang terbaiklah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bella juga menjelaskan dia tidak mahu anaknya Mohd Ayden Adrean, 6, membaca kisah-kisah ibu bapanya di media sosial.

“Dia dah boleh membaca dengan lancar sekarang, jadi Bella jarang beri dia telefon risau kalau dia terbaca mengenai saya dan Aliff,” jelasnya kepada URTV.

Selain itu, Bella juga mengharapkan agar perkara yang terjadi antara dia, suami dan pelakon Sophia Albarakbah sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya pun tak mahu panjangkan cerita dan harap perkara ini berakhir dengan baik-baik sahaja.

“Saya harapkan doa orang ramai untuk mendoakan hubungan saya dan Aliff terjalin baik seperti sediakala,” katanya.

Bella berkata demikian ketika ditemui di sidang media program realiti masakan, Dapur Tempur Selebriti yang bakal bersiaran di TV9.

Terdahulu, Bella mengeluarkan kenyataan mendakwa Sophia telah hadir ke Konsert Gegar Vaganza All Stars (GVAS) untuk memberi sokongan kepada Aliff.

Namun, Sophia menepis dakwaan itu dan menjelaskan dia hadir ke konsert itu bagi memberi sokongan kepada sepupunya, Aisha Retno.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This