Takiyuddin kekal Setiausaha Agung, Ahmad Fadhli dilantik Ketua Penerangan Pas

Dari Penulis

MESYUARAT Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini bersetuju mengekalkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung parti itu bagi sesi 2023-2025.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan turut memaklumkan Datuk Iskandar Shaari kekal sebagai Bendahari manakala Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dilantik menggantikan Ir. Ts Khairil Nizam Kirudin sebagai Ketua Penerangan Pas.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kekal sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.

Beliau sebelum itu diumumkan memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dengan mendapat undi tertinggi iaitu, 1,098 undi daripada keseluruhan 1,141 undi manakala Ahmad Fadhli mendapat undi kedua tertinggi dengan 1,042 undi diikuti Dr.Muhammad Khalil Abdul Hadi  (1,033 undi).

Abdul Hadi pula diumumkan secara rasmi menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pas yang disandang beliau sejak 14 September 2003.

Kemenangan itu membolehkan Ahli Parlimen Marang itu terus menerajui parti itu sejak 20 tahun lalu.

Turut diumumkan menang tanpa bertanding ialah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden manakala Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bagi jawatan Naib Presiden.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This