UMNO tetap akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini kerana ia adalah masa terbaik mendekati masyarakat dan menyampaikan hala tuju parti.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO menyertai pilihan raya bukan atas faktor menang atau kalah semata-mata.
“Sama ada menang atau kalah itu bukan persoalannya. Ia juga bukan soal berani atau takut. Tetapi bila ada PRK, ia beri peluang kepada kita berjumpa dengan rakyat dan terangkan mengenai prinsip perjuangan serta perancangan parti dan sebagainya.
“Jadi terserahlah kepada rakyat sama ada mereka nak terima atau tidak. Kalau Pas yakin boleh menang besar, buat apa mereka takut kalau kita masuk. Insya-Allah, kita akan letak calon,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian selepas merasmikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia beri mesej jelas tolak kezaliman berterusan terhadap Palestin – Fahmi
Semalam, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menyatakan masih belum terlambat untuk UMNO menarik diri daripada PRK Parlimen Kemaman.
Beliau dilaporkan berkata langkah itu bagi mengelak kekalahan memalukan UMNO seperti berlaku dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu, sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan PRK Parlimen Kemaman di Terengganu pada 2 Disember dengan 18 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 28 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu, membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

