Bersatu dapat kebenaran mahkamah cabar SPRM beku akaun

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaunnya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan mahkamah bersetuju dengan hujah Bersatu bahawa kes prima facie memihak kepada parti itu sebagai pemohon.

“Isu yang dibangkitkan oleh pemohon tidak remeh, menyusahkan dan permohonan itu boleh diterima oleh semakan kehakiman. Oleh itu, mahkamah ini membenarkan permohonan pemohon,” katanya semasa prosiding dalam talian.

Hakim itu berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) berhujah bahawa kuasa penyiasatan jenayah tidak wajar dengan bergantung kepada beberapa pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Peguam Negara menggunakan undang-undang yang didapati tidak lagi menjadi undang-undang yang baik, kata hakim.

Mahkamah menetapkan 28 Nov untuk pengurusan kes.

Baca artikel berkaitan: Bersatu keluar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan manakala peguam Rosli Dahlan mewakili Bersatu.

Pada 29 Mei, Kapt (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, sebagai pegawai awam Bersatu memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM membekukan akaun banknya untuk siasatan.

Beliau menamakan Peguam Negara (ketika itu) Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki masing-masing sebagai responden pertama dan kedua serta 20 individu lain sebagai responden ketiga hingga ke-22.

Bersatu mendakwa pada 19 April lepas, akaun bank CIMB dan AmBanknya disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bersatu mendakwa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April bahawa kedua-dua akaun itu disita pada 11 April tetapi tidak pernah memaklumkan kepada mereka mengenai tarikh tersebut.

Pada 30 Mei, Ahmad Kamal membenarkan permohonan kebenaran parti itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPRM membekukan akaun banknya untuk siasatan dan larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This