Pegawai Kementerian Luar meninggal dunia di Everest Base Camp

Dari Penulis

SEORANG pegawai Kementerian Luar Negeri berusia 38 tahun meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti pendakian ke Everest Base Camp.

Mangsa dikenali sebagai Parthiban Kandasamy disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jasad mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.

“Jasad akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai. 

“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan membantu urusan membawa pulang jasad ke Malaysia,” kata kementerian.

Kementerian turut mengucapkan takziah kepada waris mendiang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This