SEJAK doktor mengesahkan anak bongsu daripada dua adik-beradik, Muhammad Hayyan Hazrel Ezriq, mempunyai masalah ‘mild autism’ ketika berusia tiga tahun, naluri keibuan Haryati Karim tersentak, sedih dan seakan ‘gelap’ untuk menerima kenyataan itu.
Sebagai ibu yang bekerja dalam industri media dan kewartawanan, Haryati yang berusia 38 tahun itu tetap reda dan sentiasa inginkan yang terbaik buat anak lelakinya itu.
Namun, disebabkan begitu banyak kempen kesedaran mengenai autism sejak akhir-akhir ini, Haryati sedar dia perlu mengambil langkah segera untuk memastikan anaknya mendapat kehidupan berkualiti pada masa depan.
“Tipulah saya dan suami tidak bersedih, tetapi seminggu sahaja. Selepas itu kami terus mengatur apakah tindakan yang harus diambil.
“Mengikut saranan doktor saya terus melakukan terapi pertuturan dan terapi cara kerja kerana ketika Hayyan berusia tiga tahun dia langsung tidak bercakap sebaliknya hanya menunjuk jika inginkan sesuatu.
“Hayyan juga tidak mempunya ‘eye contact’ jika kita bercakap dengannya, tetapi dia boleh bergaul dengan rakan sebaya dengan baik,” ujar Haryati kepada Utusantv.

Selain menghantar ke terapi swasta dan kerajaan, Haryati juga menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia tiga tahun dan kelas renang pada usia lima tahun.
“Memang apabila kita ada anak autism atau anak istimewa tidak kiralah apa masalah sekalipun, perlu banyak berkorban daripada segi masa dan juga wang ringgit.
“Saya tahu bukan murah untuk menghantar anak ke terapi swasta, sekolah dan aktiviti tambahan yang lain, tetapi memikirkan semua itu membantu perkembangannya saya usahakan juga.
“Tidak hanya itu, saya juga banyak mengikuti persatuan dan kumpulan sokongan anak-anak autism di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu terutama cara-cara melakukan terapi di rumah,” kongsi Haryati.

Usahanya membuahkan hasil apabila anaknya berusia 4 tahun, Hayyan mula bercakap dan kini pada usia 6 tahun Hayyan boleh berkomunikasi dua hala seperti kanak-kanak lain selain boleh membaca dan mengira.
Bukan itu sahaja, selain rawatan dan terapi di hospital swasta dan kerajaan, Haryati juga mencuba pelbagai rawatan alternatif seperti urutan dan pengambilan supplemen.
“Urutan khas untuk kanak-kanak seperti Hayyan membantu untuk dia lebih bertenang dan mudah untuk bertutur.
“Saya juga memberi Hayyan supplemen seperti Spirulina, Ganocelium (GL) dan minyak kelapa dara keluaran DXN untuk membantunya lebih fokus ketika belajar.
“Selepas enam bulan pengambilannya memang nampak perubahan apabila dia lebih seronok untuk ke sekolah dan mudah menerima apa yang dipelajari,” ujarnya ceria.
Sebagai ibu yang memiliki anak ‘mild autism’, Haryati mengesa ibu bapa segera membawa anak berjumpa doktor sekiranya anak mereka mempunyai ciri-ciri lewat perkembangan seperti pertuturan.
“Para ibu dan bapa tolong jangan berada difasa ‘indenial’ atau penafian terlalu lama kerana jika anak benar-benar mempunyai masalah, kelewatan mendapatkan rawatan dan terapi akan memusnahkan masa depan anak anda sendiri.
“Lagi cepat mendapat rawatan dan terapi, lebih banyak potensi anak akan berkembang. Jangan berputus ada, sebolehnya usahakan agar anak boleh berdikari dan hidup dengan masyarakat sebab kita tidak selamanya ada bersama mereka,” tutur Haryati.
Bukan itu sahaja, Haryati juga berharap ibu bapa untuk tidak malu untuk mendapatkan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) buat anak yang mempunyai masalah.
Haryati ditemui pada acara Superkids Sharing Session anjuran DXN di DXN Cyberville, Cyberjaya baru-baru ini.
Ekzema
Selain masalah autism pada acara tersebut turut dikongsikan tentang cabaran untuk memulihkan anak yang menghidapi ekzema dan juga tip untuk menjadikan anak pintar.
Yusnida Mohd Yusoff yang merupakan nenek kepada Iris Mikayla, 5, anak yang menghidapi masalah ekzema sejak berusia 4 bulan, mendedahkan bukan mudah untuk menjaga dan memulihkan cucu kesayangannya itu.

“Saya sudah cuba pelbagai cara dan krim dipasaran, tetapi tidak baik-baik juga. Akhirnya dengan menjaga pemakanan dan memberi supplemen seperti Spirulina dan Ganocelium (GL) keluaran DXN, kulitnya pulih.
“Memang bukan mudah kerana rawatan secara alami mengambil masa yang agak panjangn, ibu bapa atau penjaga anak ekzema perlu banyak bersabar dan jangan berhenti untuk mendapatkan rawatan.
“Ekzema ada pelbagai jenis dan setiap orang berbeza-beza kaedah rawatannya. Paling penting harus memastikan kulit sentiasa lembab supaya tidak berasa gatal,” kongsi Yusnida.
Anak pintar
Turut berkongsi kisah ialah Siti Zaleha Mat Yusuf, ibu kepada Aish Arissa Maryam Shaiful Azli atau mesra disapa Maryam berusia 10 tahun yang dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar.
Maryam yang mengamalkan pengambilan Spirulina dan Ganocelium (GL) sejak berusia enam bulan merupakan kanak-kanak cemerlang dari segi akademik dan juga ko-kurikulum.
Tidak hanya sentiasa mendapat tempat pertama di sekolahnya, SJKC Kuo Min, Nilai, Negeri Sembilan, Maryam yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris itu merupakan atlet muda negeri untuk sukan renang laut terbuka.

Bahkan Maryam turut merupakan penari Jabatan Kesenian Negeri Sembilan dan penari tarian singa selain berkebolehan bermain piano.
“Sebagai ibu saya tidak pernah memaksanya untuk membaca buku atau melakukan sebarang aktiviti, sebaliknya semua atas kemahuannya sendiri.
“Saya hanya menyokong apa sahaja minat anak dan memberinya peluang sehabis baik. Paling penting adalah cara membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti sukan serta muzik,” kata Siti Zaleha.
Tambahnya, sesibuk manapun kerjanya, dia akan memastikan makanan anak-anaknya terjaga. Baginya pemakanan dan persekitaran yang sihat amat penting untuk pembesaran anak-anak.
“Selain pelbagai aktiviti dan pengambilan supplemen, paling penting adalah makanan yang sihat yang dimasak di rumah dan sokongan kita sebagai ibubapa kepada anak-anak,” katanya yang memberitahu anaknya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.
Kesemua mereka berkongsi pengalaman masing-masing dalam sesi sembang santai Superkids Sharing Session yang diadakan di DXN Cyberville, Cyberjaya.

Mereka turut berkongsi menggunakan supplement DXN iaitu Spirulina, Ganocelium (GL) and Reishi Gano (RG) yang diamalkan secara rutin oleh anak-anak berkenaan.
Supplemen DXN dihasilkan dari bahan semula jadi berkualiti tinggi dan membantu gaya hidup lebih sihat.

