Ugut bunuh Muhyiddin, pembantu klinik mengaku tak bersalah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pembantu klinik didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya hari ini selepas mengeluarkan kenyataan jelik berbaur ugutan bunuh terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiga tahun lalu.

Tertuduh, Tai Zee Zing, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didapati telah menggunakan profil Facebook ‘Penny Tai’ telah memuat naik hantaran ‘Can hired killer to kill new Prime Minister?’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di balai polis Ampang, sekitar jam 12.35 tengah hari pada 1 Mac 2020.

Oleh itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 223(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seskyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 ke atas tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Rajsurian Pillai yang mewakili tertuduh bagaimanapun berhujah bahawa cadangan jumlah jaminan tersebut terlalu tinggi dan tidak munasabah.

“Saya turut membantah syarat tambahan memandangkan tertuduh sedang melanjutkan pengajian di Singapura dalam bidang pengurusan perniagaan,” hujah peguam itu.

Hakim Wan Mohd Norhisham kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh selain tidak menetapkan syarat tambahan seperti mana permohonan pihak pembelaan.

Mahkamah menetapkan 20 Disember depan bagi sebutan semula kes.

Untuk rekod, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This