PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida, hari ini.
Berita Harian melaporkan, Kishida tiba di Kompleks Seri Perdana pada pukul 10 pagi bersama delegasinya yang disambut oleh Anwar.
Anwar dan Kishida kemudian mengadakan pertemuan empat mata sebelum menyertai delegasi masing-masing untuk mengadakan mesyuarat bilateral.
Baca artikel lain: 200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir
Kedua-dua pemimpin berkenaan dijadual mengadakan sidang media bersama pada pukul 12 tengah hari.
Malaysia dan Jepun meningkatkan hubungan daripada Rakan Strategik Dipertingkat kepada Rakan Strategik penuh pada tahun 2015 ketika Kishida melawat Malaysia sebagai Menteri Luar.
Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015.
Setakat Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

