‘Seorang dah tumbang’ Johari lanjut pemeriksaan kesihatan Ahli Parlimen hingga Selasa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melanjutkan tarikh supaya Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan sehingga Selasa depan.

Arahan itu dikeluarkan Johari selepas seorang ahli Parlimen ‘tumbang’ dan dimasukkan ke hospital, semalam.

Menurut Johari, seramai 196 ahli Dewan Rakyat dan lima Senator bertaraf anggota pentadbiran telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Kepada Yang Berhormat (YB) yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan, saya beri lanjutan hingga Selasa depan iaitu 14 November.

“Saya amat memohon dan meminta pemeriksaan dibuat kerana saya difahamkan semalam, seorang daripada kita telah tumbang dan masuk hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum bermulanya sesi Sidang Dewan rakyat, hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Saya sendiri lihat 11 ‘tumbang’, Johari wajibkan ahli Parlimen jalani pemeriksaan kesihatan

Pada 13 September lalu, Johari ketika mempengerusikan Sidang Khas perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) mewajibkan semua wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mengambil teladan daripada kejadian 11 ahli Parlimen ‘tumbang’ dalam tempoh 15 tahun.

“Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan yang melibatkan ahli-ahli Yang Berhormat di dalam dan luar Dewan Rakyat. Malahan, terdapat kes yang telah menyebabkan kematian.

“Saya telah menyarankan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibaut ke atas semua ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Ia bagi memastikan pemantauan kesihatan yang berterusan dibuat demi memastikan tahap kesihatan yang baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This