Peruntukan kepada pembangkang, Anwar minta bincang dengan baik

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam, hari ini.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Baca artikel berkaitan: Bincang dengan Fadillah isu peruntukan, nasihat Perdana Menteri

Sabtu lepas, Anwar meminta ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This