PELAKON yang semakin meningkat naik, Amir Ahnaf mendapat perhatian netizen apabila memuat naik video bersama pelakon kacukan Inggeris, Anna Jobling menerusi TikTok
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Amir yang memakai baju berwarna hitam dilihat merakam dirinya sebelum duduk bersebelahan Anna dengan berlatar belakangkan lagu popular artis Barat, Justin Timberlake yang berjudul ‘Mirror’.
Terlihat Anna tersenyum keriangan ketika hero drama Projek: High Council itu duduk di sebelahnya.
Apa yang mencuri perhatian ialah kedua pelakon yang kini sedang menjayakan drama berjudul Syurga Itu Bukan Mudah arahan sutradara terkemuka, Eyra Rahman itu dilihat mengenakan warna pakaian yang sama iaitu berwarna hitam.
Lebih menarik, Amir yang juga merupakan artis BBNU Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH35) lalu turut memanggil Anna dengan panggilan ‘Tomey’ (Comel) menerusi ruangan balas berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan keterujaan mereka dan bersetuju sekiranya Amir dan Anna digandingkan bersama.
Malah, mereka juga berpendapat bahawa Amir lebih sesuai untuk digandingkan bersama dengan Anna berbanding Meerqeen.
Terdahulu, Anna menimbulkan persoalan spekulasi putus cinta bersama Meerqeen selepas dilihat memadam kesemua gambar aktor lelaki itu di Instagram miliknya.

