Tia Jinbara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja

Dari Penulis

Jenazah bekas vokalis Jinbara, Allahyarham Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang, Selangor, sekitar jam 10.03 pagi ini.

Jenazah Tia yang meninggal dunia kerana kanser hati di Hospital Shah Alam jam 9.17 malam tadi dibawa ke kediamannya di Klang dan tiba di Masjid Kota Raja di sini kira-kira jam 8.30 pagi.

Jenazah dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan oleh lebih 200 jemaah termasuk rakan-rakan industri.

Antara yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah rakan penyanyi antaranya Liza Hanim, Lan Solo, Baggio Damasutra, Ameng Spring, Ali XPDC dan Yabang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suzan Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tia Jinbara meninggal dunia, Sakit perut melampau & sukar bernafas, Tia Jinbara disahkan hidap kanser hati,

Suzan berkata, dia bersyukur kerana urusan pengebumian berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT

“Saya reda dengan pemergian arwah dan bersyukur segala urusan pengurusan jenazah diuruskan kariah masjid di sini,” katanya.

Semalam, isterinya, Suzan yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.

Penyanyi lagu Farhana itu mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 2009 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

SUMBER: BERITA HARIAN


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This