JIM pandang serius, tidak kompromi kepada majikan dera pekerja asing

Dari Penulis

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius mengenai isu ini dan menyatakan komitmen untuk tidak berkompromi kepada mana-mana majikan yang mendera, menganiaya serta memanipulasi pekerja asing.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JIM merujuk kepada beberapa laporan berita yang disiarkan pada 12 November 2023 berkenaan isu penganiayaan terhadap Pembantu Rumah Asing (PRA) Indonesia oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan isu penganiayaan PRA Indonesia memerlukan penyelesaian segera dan menyeluruh daripada majikan serta penguatkuasaan ketat oleh pihak berkuasa.

“JIM akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang melanggar undang-undang dan syarat penggajian PRA. Mereka akan didakwa di mahkamah jika melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan akan disenarai hitam daripada menggajikan PRA,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, JIM ingin menjelaskan jumlah Pekerja Asing Indonesia yang mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga 16 Oktober 2023 adalah seramai 447,094 orang dan daripada jumlah ini, jumlah PRA Indonesia adalah berjumlah 57,916.

Beliau berkata, bagaimanapun, JIM tidak menerima aduan secara rasmi daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) berkaitan penderaan, penganiayaan dan manipulasi pekerja Indonesia seperti dilaporkan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Jabatan ini mengalu-alukan pihak KBRI untuk mengemukakan aduan secara spesifik kepada JIM supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat dilaksanakan,” tambahnya..

Katanya, JIM sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Majlis Anti Pemerdangan Orang (MAPO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menangani isu eksploitasi pekerja asing termasuk dari Indonesia.

Selain itu, kebajikan dan perlindungan kepada Pekerja Domestik Indonesia merupakan antara perkara yang telah dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia Mengenai Penggajian dan Perlindungan Pekerja Domestik Indonesia di Malaysia, katanya.

JIM menyeru supaya orang awam melaporkan dan menyalurkan sebarang maklumat berkenaan majikan yang menganiaya atau mengeksploitasi pekerja asing kepada Jabatan ini supaya tindakan yang tegas dapat diambil ke atas majikan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua rentung di DUKE, BMW 328I Sport dipercayai dipandu laju hingga hilang kawalan

SEBUAH kereta jenis BMW 328I Sport yang terbabas sebelum terbakar dalam nahas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) hingga mengakibatkan...

More Articles Like This