PEDi Felda Soeharto sasar 300 usahawan aktif tahun depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PUSAT Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto, Hulu Selangor menyasarkan penyertaan seramai 300 usahawan aktif dari kawasan itu menerusi program keusahawanan yang disediakan di pusat komuniti berkenaan.

Pengurus PEDi Felda Soeharto, Rossyafira Muhammad memaklumkan, penerimaan masyarakat setempat terutama melibatkan kursus latihan keusahawanan serta program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat menggalakkan apatah lagi ia disediakan secara percuma.

Sebahagian daripada murid-murid sekolah kelihatan gembira selepas menyertai sesi e-pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto, Hulu Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Bagaimanapun, beliau berkata, masih banyak perlu dilakukan bagi memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penguatkuasaan digital serta memberi inspirasi kepada usahawan untuk berjaya.

Buat masa ini, Rossyafira berkata, PEDi Felda Soeharto membantu pengembangan perniagaan kepada 147 usahawan aktif kawasan tersebut.

Hafidh Firas Mohamad Fahmi,8, merupakan salah seorang murid yang dididik dari awal usia untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat ketika menyertai sesi e-pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto, Hulu Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Setakat ini penerimaan sangat menggalakkan kerana program yang disediakan di sini adalah percuma.

“Cuma kami di PEDi Felda Soeharto ini perlu selalu memberi kesedaran tentang kisah-kisah kejayaan bagi mengubah pemikiran masyarakat supaya berkembang dengan lebih pesat.

Pengurus PEDi, Rossyafira Muhamad

Baca artikel berkaitan: MCMC sambut baik usaha perkasa PEDi, banteras jenayah scam

“Perkara ini penting kerana PEDi menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada awal sehingga pemasaran digital,” katanya ketika ditemui di PEDi Felda Soeharto hari ini.

Sebanyak 27,963 usahawan aktif PEDi direkodkan di seluruh negara sehingga Jun lalu menerusi pelbagai program keusahawanan yang dilaksanakan.

Ruang pembelajaran yang luas dan dan bersih memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah yang menyertai sesi e-pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto, Hulu Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Selain program keusahawanan, PEDi turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sekolah; perkhidmatan fotostat; kurier dan pusat komuniti setempat.

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, sebanyak RM25 juta diperuntukkan bagi memperkasa peranan PEDi untuk membantu masyarakat setempat.

Salah seorang murid yang dididik dari awal usia untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat ketika menyertai sesi e-pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto, Hulu Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Bagi mengiktiraf peranan penting PEDi dalam komuniti, Persidangan PEDi MADANI akan diadakan pada 29 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan yang julung kali diadakan itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri memberi pengiktirafan kepada PEDi sejak penubuhannya pada tahun 2007.

Persidangan PEDi MADANI turut menghimpunkan barisan pengurus dan usahawan daripada seluruh pelosok negara.

Salah seorang tenaga pengajar membantu murid sekolah menggunakan komputer ketika menyertai sesi e-pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto, Hulu Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, Hafidh Firas Mohamad Fahmi berasa gembira dengan perkhidmatan e-pembelajaran yang ditawarkan di PEDi Felda Soeharto.

Murid Tahun 2 Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Soeharto itu turut teruja untuk mempelajari tentang ICT dengan lebih mendalam menerusi program di pusat tersebut.

“Saya berasa seronok belajar tentang komputer, malah tempat ini juga sangat selesa untuk belajar,” katanya.

Ruang pembelajaran yang luas dan dan bersih memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah yang menyertai sesi e-pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto, Hulu Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This