Remy Ishak kongsi wajah putera sulung, Tuah Alam

Dari Penulis

PELAKON Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof akhirnya berkongsi foto wajah putera sulung mereka iaitu Tuah Alam kepada umum di laman Instagram mereka.

Menerusi hantaran tersebut, Ezza berharap agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga kecil mereka.

Sementara itu, Remy pula berkata, dia bersyukur kerana Tuah hadir dalam hidupnya dan Ezza.

“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah dan Bonda,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen teruja melihat wajah Tuah Alam dan meninggalkan doa buat si kecil itu agar terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Remy dan Ezza telah berkawin pada 21 Ogos 2021. Pada Mac lalu, pasangan ini telah berkongsi mereka sedang menanti cahaya mata pertama mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This