KEADAAN kesihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baik, selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lalu.
Anak perempuan Zahid, Datuk Nurul Hidayah yang memaklumkan perkembangan itu dalam catatan di Instagram, berkata beliau amat menghargai keprihatinan dan doa daripada semua pihak.
“Alhamdulillah abah saya sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pada hari Khamis lepas, yang seharusnya dilakukan lebih awal lagi, (namun tidak dapat) kerana kekangan masa dan jadual yang padat.
“Bagi kami sekeluarga, inilah masa yang sebaiknya kami gunakan untuk bersama menyantuni abah, menjadi sumber semangat abah untuk kembali pulih dan sihat agar dapat meneruskan khidmat kepada negara,” katanya.
Nurul Hidayah berkata Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah mempunyai semangat juang yang tinggi.
“Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dengan pahala yang berlipat ganda,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih.
Semalam tular di media sosial mengenai kesihatan Zahid.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

