Cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik akan diumum 8 Dis ini

Dari Penulis

KERAJAAN akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. 

Skim itu memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik. 

“Dari segi motosikal elektrik, kita akan lancarkan pada 8 Disember ini macam mana nak mohon insentif yang diberi kepada kenderaan elektrik (EV) dua roda seperti diumumkan Perdana Menteri. 

“Kita akan beri pencerahan kepada pembeli motosikal EV yang layak bagaimana dapat memohon untuk bantuan tunai ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan smart #1 di Kuala Lumpur , pada Selasa. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This