BARISAN kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sewajarnya memberikan taat setia yang cukup padu terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun terdapat khabar angin bakal berlakunya peralihan tampuk kepimpinan.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seperti dilaporkan FMT berkata perkara itu penting bagi mengukuhkan parti tersebut.
“Yang penting semua pemimpin bekerjasama dan memberi ketaatsetiaan yang cukup kuat, cukup padu kepada Presiden. Itu penting,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada pemberita selepas selesai merasmikan majlis pembukaan Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi Bersatu kali ke-6
Ia susulan laporan media bahawa Muhyiddin memaklumkan beliau sedang melatih ‘orang baru’ memimpin Bersatu yang merujuk kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Baca artikel lain: Hasrat saya Bersatu kekal selama-lamanya – Muhyiddin
Malah, nama Hamzah turut dikaitkan akan mencabar jawatan Presiden Bersatu sekiranya Muhyiddin membuat keputusan bersara atau pun berundur daripada arena politik.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Ahmad Faizal yang juga bekas Ahli Parlimen Tambun memaklumkan, Hamzah bukan sahaja dilihat sebagai pemimpin masa depan, tetapi juga pemimpin masa kini.
Namun begitu, beliau berpendapat, Bersatu juga mempunyai calon pemimpin berwibawa yang lain selain daripada Hamzah.
Katanya, ia termasuk dua Naib Presiden Bersatu iaitu Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.
“Ini semua mampu satu hari nanti ambil alih tampuk pimpinan dalam Bersatu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

