‘Kenapa Januari, tak Disember?’, kata PM isu rombakan Kabinet

Dari Penulis

PERSOALAN mengenai rombakan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menginjak usia setahun masih tidak terungkai.

Pemberita yang bertanyakan Anwar sama ada akan berlaku rombakan Kabinet pada Januari depan tidak mendapat jawapan seperti yang diinginkan untuk merungkaikan persoalan itu semasa ditemui selepas Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI malam tadi.

“Kenapa Januari, tak Disember?,” kata Anwar berseloroh serta berlalu tanpa mengulas lanjut.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan Perpaduan perkenal corak tadbir urus tegas, pantas tahun kedua pentadbiran – PM

Desas-desus mengenai rombakan Kabinet menjadi perhatian susulan kekosongan portfolio Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup yang ditinggalkan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This