Subsidi bersasar bahan api RON95 dilaksana tahun hadapan

Dari Penulis

KERAJAAN akan melaksanakan program subsidi bersasar bahan api RON95 pada 2024 sebagai langkah untuk mengoptimumkan sumbernya kepada golongan yang paling memerlukannya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata sebuah negara apabila T20 menerima 53 peratus daripada subsidi bahan api yang menyeluruh bukan satu model yang mampan dan juga bukan sebuah model yang saksama.

“Usaha ini sejajar dengan kedudukan kerajaan dalam meluaskan paradigma fiskal. Berdasarkan kewangan awam kita yang mengalami defisit fiskal lebih 5.0 peratus selama tiga tahun berturut-turut, kita perlu mencari kaedah baharu untuk menggerakkan sumber kita dan mengurangkan pembaziran dalam sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Prospek Ekonomi Negara (NEOC), hari ini.

Baca artikel lain: PM beri jaminan tambah STR jika penyusunan semula subsidi beri kesan

Rafizi berkata melaksanakan program penyasaran semula subsidi pada akhir 2024 akan segera membawa kepada kedudukan fiskal yang lebih baik untuk negara.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Ekonomi akan membentangkan Dasar Gaji Progresif kepada Parlimen dalam masa tiga hari untuk menyelesaikan isu sistemik gaji rendah di Malaysia.

Beliau berkata kerajaan sedar bahawa pertumbuhan gaji perlu didorong oleh produktiviti melalui usaha peningkatan kemahiran.

“Ini telah diberi penekanan oleh lima sektor HGHV (pertumbuhan tinggi, nilai tinggi) yang telah dikenal pasti dalam kajian separuh penggal, apabila kami mahu memberi tumpuan kepada mewujudkan lebih banyak bahagian pekerjaan dalam bidang teknologi.

“Ia mengejutkan saya bahawa gaji median kita hanya RM11 di atas paras kemiskinan,” katanya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This