‘Jangan jadi boneka, belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan’ – Syed Muhammad Imran

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) disifatkan masih belum terlambat membuat keputusan untuk keluar dari Kerajaan Perpaduan dan menjadi sebahagian daripada pembangkang.

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menegaskan, ahli-ahli Parlimen BN dan UMNO tidak seharusnya terus menjadi sekadar ‘boneka’ dalam kerajaan ketika ini.

Syed Muhammad Imran mendakwa, BN boleh ‘ditendang’ keluar kerana sekiranya tanpa gabungan itu pun, Kerajaan Perpaduan masih mempunyai sokongan padu.

Malah, Ketua UMNO Cawangan Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu turut mendakwa tujuh lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Baca artikel berkaitan: Penyokong ‘Bossku’ mahu Muhyiddin, Najib lupakan masalah lama, gerak demi rakyat

Ia selepas lima ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat kelima daripada PN yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mengulas lanjut, Syed Muhammad Imran turut mendakwa lima ahli Parlimen yang beralih sokongan itu ibarat ‘lembu dicucuk hidung’.

Bagi kepimpinan di Sarawak pula, katanya, Kerajaan Negeri tersebut berfikiran matang, selain mendakwa tidak akan berkongsi kerusi dengan DAP pada masa akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This