PENYANYI terkenal antarabangsa, Beyonce didakwa melakukan proses memutihkan kulit selepas kelihatan lebih cerah berbanding sebelumnya sewaktu hadir ke malam gala filemnya berjudul Renaissance.
Dakwaan tersebut muncul selepas Beyonce hadir ke malam gala tersebut dengan rambut berwarna perang dan memakai busan berona perak.
Ramai netizen mendakwa kulit Beyonce kelihatan kelihatan terlalu putih malah ada yang sampai tidak mengenali isteri kepada penyanyi rap Jay-Z itu.
Walau bagaimanapun, ibu kepada penyanyi itu, Tina Knowles menepis dakwaan dan menganggap kenyataan itu berbaur rasis dan penuh dengan rasa kebencian.
“Baru terfikir untuk membuat hantaran ini setelah melihat banyak orang bodoh yang tidak tahu apa-apa, kenyataan rasis yang penuh kebencian tentang dirinya (Beyonce).
“Rambut berwarna silver, karpet berwarna silver, dia (Beyonce) juga hadir dengan memakai busana dengan warna itu. Lalu kalian mendakwa dia mencerah kulit dan memakai rambut silver agar seperti orang berkulit putih,” katanya kepada BBC.
Dalam pada itu, Beyonce tidak memberikan sebarang kenyataan berkaitan spekulasi tersebut sehingga kini.
Bahkan, ada dalam kalangan pemerhati mengatakan warna kulit Beyonce kelihatan lebih cerah terutama dalam foto yang terkait dengan teknik suntingan dan warna.

