Remaja 13 tahun cuba samun, tikam pemandu Grab didakwa di mahkamah esok

Dari Penulis

REMAJA berusia 13 tahun yang dipercayai cuba menyamun dan menikam pemandu Grab di Taman Keladi, Sungai Petani, Isnin lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan, pertuduhan ke atas remaja lelaki itu mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu adalah atas kesalahan cubaan merompak.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Khamis lalu dan arahan beliau remaja itu dituduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Remaja lelaki berusia 13 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kes samun pemandu e-hailing, remaja 13 tahun dibebas dengan jaminan polis

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pemandu Grab berusia 65 tahun telah menerima pesanan daripada suspek untuk mengambil di Lorong Taman Keladi 12 dan dihantar ke Lorong Astana 9/7, Bandar Sri Astana.

Semasa dalam perjalanan, suspek telah meminta untuk meminjam wang sebanyak RM50 dari pengadu iaitu pemandu Grab berkenaan untuk membayar sewa rumah.

Remaja 13 tahun itu kemudiannya didakwa mengacukan sebilah pisau ke dada kiri pemandu Grab berkenaan dan cuba merampas wang daripada poket pemandu itu.

Pengadu sempat merampas pisau serta mengigit tangan untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Bagaimanapun, remaja itu berjaya ditahan polis jam 10 malam susulan laporan dibuat warga emas itu pada jam 8 malam, hari kejadian.

Remaja tersebut kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu lalu.

Tindakan remaja terbabit dirakam menerusi kamera ‘dashboard’ yang dipasang pada kereta pemandu e-hailing terbabit dan video berdurasi satu minit 32 saat itu tular di media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This