YBR terima anugerah Champion CSR Award 2023

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) melakar kecemerlangan selepas menerima Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award 2023 pada Majlis Anugerah Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023.

Pengiktirafan itu diterima atas kemampanan inisiatif yang telah dilaksanakan YBR dalam meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Perkara itu diterjemah menerusi pendidikan serta program-program kemasyarakatan yang telah dijalankan sepanjang tahun bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Anugerah Champion CSR Award 2023 itu disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick itu telah diterima Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang.

Turut hadir dalam majlis ini Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Menurut Philip, anugerah ini merupakan satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun dan diharap menjadi penanda aras untuk YBR terus membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Baca artikel lain: YBR komited jalin kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis bina jati diri pelajar

“Pengiktirafan ini dapat meningkatkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi kredibiliti YBR secara domestik.

“Kami akan sentiasa menggandakan usaha serta strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, sepanjang tahun 2022 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat.

Beliau berkata, penghormatan yang diterima ini merupakan impak positif di atas penglibatan dan komitmen YBR yang cakna kepada mereka yang kurang bernasib baik serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan prestasi sedia ada.

YBR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This