Ahmad Zahid ucap tahniah Melaka jadi tuan rumah WTD 2025

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Melaka kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi Hari Pelancongan Dunia (WTD) pada 2025.

Beliau berkata, Melaka dipilih sebagai tuan rumah disebabkan keyakinan kerajaan dan pihak luar terhadap negeri itu yang memiliki prasarana baik, hospitaliti, komitmen dan kecekapan kakitangan awam yang sentiasa bersedia memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran sesuatu majlis.

Katanya, daripada lokasi tarikan pelancong, warisan peninggalan sejarah hinggalah ke keunikan asmilasi budaya serta tradisi rakyat Melaka, pastinya semua kelebihan ini akan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke negeri ini.

“Ia sekali gus menjadi titik tolak kepada keyakinan pelabur daripada dalam mahupun luar negara untuk terus merancakkan ekonomi di bumi Hang Tuah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival D’Bendang di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Baca juga: Zahid Hamidi dalam tempoh berehat selepas jalani pembedaan

Buat pertama kalinya, Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran WTD sebelum kerajaan Persekutuan memutuskan Melaka akan menjadi tuan rumah bagi acara berprestij itu.

Sebanyak 155 ketua negara serta wakil akan berkampung di Melaka bagi menjayakan acara yang diadakan secara tahunan itu.

Berkenaan Karnival D’Bendang itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ia merupakan program diatur bagi meraikan musim menuai padi di Melaka yang bermula Oktober lepas, sekali gus keunikannya dapat dijadikan sebagai salah satu daya tarikan pelancongan di negeri itu.

Beliau berkata justeru secara tidak langsung Karnival D’Bendang dapat merealisasikan impian untuk mengetengahkan semula warisan budaya dan kekayaan alam yang dikekalkan oleh generasi untuk tatapan dan penghayatan generasi kini.

“Saya kira penganjuran karnival ini adalah satu langkah yang tepat oleh kerajaan negeri dalam mempromosikan kawasan-kawasan tumpuan pelancongan di negeri Melaka.

Katanya, beliau juga yakin sasaran 18.4 juta pelancong dan pengunjung untuk mengunjungi Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan tercapai dengan usaha daripada semua pihak.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This