Malaysia sasar lengkapkan 30 peringkat tanpa penalti di IPSC Shotgun World Shoot 2023

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENEMBAK Malaysia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk penyertaan pada kejohanan Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Shotgun World Shoot 2023 di Pattaya, Thailand.

Ketua Pasukan Malaysia, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, ini merupakan penyertaan sulung daripada kontinjen negara dalam kejohanan yang akan bermula esok.

Justeru apa yang diharapkan, katanya, keempat-empat penembak yang mengambil bahagian dapat melengkapkan 30 peringkat dengan baik tanpa sebarang penalti.

“Pertama kali bertanding dalam acara shotgun peringkat dunia harapan tidaklah besar, cuma lengkapkan 30 stage pelbagai halangan yang dipertandingan itu dengan selamat dan tanpa ada penalti.

“Kerana pasukan kita masih baru dalam acara ini dan kurang popular di negara kita,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.

Malaysia menghantar empat penembak handalan untuk menyertai kategori Standard pada kejohanan yang akan membuka tirai mulai Isnin hingga 9 Disember depan.

Selain kategori Standard, kejohanan dunia itu turut menyaksikan penembak terbaik dalam kategori Standard Manual; Modifikasi dan Open.

Baca artikel lain: Empat penembak Malaysia berentap di IPSC Shotgun World Shoot di Pattaya

Berdasarkan laman web rasmi IPSC Shotgun World Shoot, kejohanan tersebut dijangka menarik penyertaan lebih 700 penembak dari seluruh pelosok dunia.

Antara negara yang telah pun tiba di Pattaya termasuk Amerika Syarikat (AS), Itali, Kazakhstan, Poland di samping Malaysia dan negara tuan rumah, Thailand.

Mohamad Hamdan menambah, mereka sudah berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca panas di Pattaya yang pastinya akan memberi cabaran dalam bentuk fizikal dan mental.

Katanya lagi, momentum penembak juga berada dalam keadaan baik berdasar sesi latihan terakhir pagi tadi sebelum cabaran sebenar bermula esok.

“Alhamdulillah telah sesuaikan diri dengan cuaca yg panas. Mental dan fizikal juga Insya-Allah.

“Pagi tadi juga latihan terakhir untuk pertandingan esok selama lima hari. Sebarang kebarangkalian tidak boleh diduga,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This