Hatimurni – UPKK Final Countdown (UFC) lahirkan pelajar berilmu dan beradab. Bina ‘bonding’ ibu bapa dan anak dalam hadapi UPKK

Dari Penulis

Yakin akan kemampuan dalam menyuntik semangat dan motivasi pelajar, Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni menganjurkan Program UPKK Final Countdown (UFC) buat tahun ketiga kepada pelajar tahun 5 yang bakal menjalani peperiksaan Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK).

Menurut pengasas Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, UPKK menjadi penanda aras bagi menilai kemampuan pelajar dalam bidang akademik sekaligus membuka peluang bagi mereka melanjutkan pengajian ke sekolah aliran agama terbaik negara.

“Ini merupakan tahun ketiga Program UPKK Final Countdown (UFC) dijalankan dan kami memberi fokus kepada pelajar tahun 5 yang akan mengambil peperiksaan Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK).

Ustaz Syamsul Debat menyampaikan ceramah pada Program UPKK Final Countdown Strive For Success di Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Ada kalanya ibu bapa tidak faham apa itu UPKK dan mengapa ia penting untuk pembelajaran anak-anak. UPKK menjadi satu kayu ukur untuk menilai kemampuan pelajar selepas UPSR dimansuhkan dan Hatimurni mengambil tanggungjawab untuk membina satu platform yang menyediakan siri pembelajaran sepanjang tahun seperti Konvensyen UPKK, Bootcamp Hatimurni bagi berkongsi teknik menjawab soalan dan sesi motivasi dan UFC – UPKK Final Countdown di mana kami kumpulkan hampir 450 peserta untuk sesi pecutan akhir menuju ke UPKK pada Januari 2024 nanti.

“Bagi kami di Hatimurni, UPKK merupakan peperiksaan wajib ambil kerana ia diperlukan sebagai penilaian untuk mereka ke sekolah menengah aliran agama. Dan ia merupakan satu pencapaian dalam bidang akademik. Malah terdapat peningkatan di mana pelajar darjah enam mengambil peperiksaan UPSRA berbanding sebelum ini kerana peperiksaan UPSR dimansuhkan. Jadi terdapat kelebihan apabila pelajar mengambil dua peperiksaan ini kerana peluang mereka lebih terbuka luas untuk ke sekolah pilihan terbaik,” ulasnya ketika ditemui.

Pengasas Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni GAMBAR: Abd Razak Aid

Tidak hanya memberi fokus kepada bidang akademik, jelas Siti Khadijah, ibu bapa turut diberi pemahaman akan peri pentingnya penglibatan mereka dalam proses pembelajaran anak-anak. Tiada istilah menyerahkan segalanya kepada pihak sekolah, katanya.

“Memang tidak dinafikan ujian penilaian ini penting namun ia haruslah selari dengan adab. Kita mahu melahirkan pelajar yang bijak dan beradab. Penilaian ini penting supaya ibu bapa dan pelajar dapat melihat di mana kelemahan dan memberi fokus untuk perbaikinya. Kita perlu melihat sama ada mereka mempunyai kemampuan untuk terus belajar dalam sekolah aliran agama.

“Dalam pembelajaran, sokongan ibu bapa sangat penting dan itu yang kami terapkan dalam UFC – UPKK Final Countdown. Jika ibu bapa bersemangat, pelajar akan lebih bersemangat. Di akhir program kami adakan solat hajat dan bacaan ikrar bersama ibu bapa dan anak-anak untuk wujudkan ‘bonding time’ yang akan mendorong mereka lebih berusaha keras.

Sebahagian daripada pelajar-pelajar serta ibu-bapa yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat pada Program UPKK Final Countdown Strive For Success di Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kami juga ada penambahbaikan dalam program kali ini dan dapati pelajar punya semangat yang tinggi apabila ada sesi motivasi. Dan kami menyusun modul yang penuh energetik dengan harapan mereka lebih fokus,” tambahnya.

Meluahkan kesyukuran atas kejayaan luar biasa program yang dijalankan, kata Siti Khadijah, setiap tahun terdapat peningkatan memberansangkan bagi bilangan peserta, malah bilangan pelajar mendapat 8A terus meningkat sehingga melayakkan mereka berada di kedudukan kedua terbaik melalui Gred Purata Sekolah (GPS) seluruh Wilayah.

“Alhamdulillah setiap tahun jumlah peserta meningkat, malah tahun lepas daripada 350 peserta, lebih 100 pelajar mendapat 8A. Malah Hatimurni mendapat ranking kedua melalui GPS seluruh Wilayah.

“Saya mengharapkan keputusan yang cemerlang untuk semua anak didik dan disertai dengan adab dan akhlak yang bagus. Sokongan ibu bapa juga diperlukan supaya anak-anak cemerlang,” ulasnya.

Sebahagian daripada pelajar-pelajar mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat pada Program UPKK Final Countdown Strive For Success di Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

Terdahulu, Program UPKK Final Countdown (UFC) yang berlangsung di Dewan Perdana Keramal Mall, Kuala Lumpur turut menjemput penceramah bebas, Syamsul Debat bagi perkongsian tentang adab dan motivasi kepada peserta.

Pusat Pendidikan Islam Swasta – Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami, Ustaz Engku Ahmad Fadzil dengan fokus utamanya untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak.

Hatimurni beroperasi di tiga pusat iaitu di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Seksyen 7 Shah Alam. Hatimurni turut menawarkan kelas pendidikan agama secara dalam talian  yang bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas yang disediakan Hatimurni, boleh hubungi 019-6664225 atau 013-3044225.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This