IBU bapa atau penjaga kepada anak-anak yang mendapat tempat di institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diingatkan jangan sesekali menangguh atau menolak tawaran tersebut.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya ada kes-kes pelajar yang tidak mampu membayar yuran atau kos-kos awalan lain, pihak Mara bersedia menerima mereka.
Jelas beliau, pelajar-pelajar boleh membayar kos-kos tersebut secara ansuran atau banyak kaedah lain yang boleh Mara ikhtiarkan.
“IKM atau mana-mana institusi pendidikan Mara memang keutamaan kami adalah membantu pelajar-pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah.
Baca artikel lain: Kerajaan tidak khuatir keputusan PRK Kemaman, terus usaha sampaikan khidmat kepada rakyat
“Yang penting ambil peluang masuk dalam program-program TVET atau kemahiran yang Mara sediakan kerana ia mampu merubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia,” katanya di Facebook, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima mesej daripada keluarga yang kesempitan kewangan dan meminta tawaran melanjutkan pengajian di Mara ditangguhkan atau ditolak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

