Lapan anggota FRU cedera, bas langgar tembok plaza tol

Dari Penulis

LAPAN anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) cedera ringan selepas bas dinaiki melanggar tembok di Plaza Tol Setul, Lebuhraya Kajang-Seremban, arah selatan, 5.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, bas yang dinaiki 16 orang anggota polis itu dalam perjalanan dari Cheras ke Seremban.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, sebuah lori telah mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri di hadapan bas.

“Pemandu bas telah cuba mengelak dari melanggar lori tersebut hingga menyebabkan bas yang dipandu terbabas lalu melanggar tembok pembahagi tol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seramai lapan orang anggota polis cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi menerima rawatan.

Manakala lapan lagi anggota polis dan pemandu bas tindak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminat menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Fadzilah Mohda Zainuddin di talian 06-7904404.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This