Jangan hanya pandai tuduh, MCA pun kena cermin diri – Akmal

Dari Penulis

“JADI jangan hanya pandai menuduh, MCA juga kena cermin diri sendiri.”

Demikian penegasan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kepada parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) itu.

Ia susulan ‘gesaan’ Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng yang meminta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak ‘bermimpi di siang hari’ mengenai sokongan Melayu terhadap gabungan itu.

Memetik laporan Malaysiakini, Dr Muhamad Akmal menegaskan, MCA juga perlu menerima hakikat mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina terhadap parti tersebut.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, kerusi yang dimenangi MCA ketika ini merupakan kerusi majoriti Melayu.

“Kita menginsafi kekalahan di Kemaman dan akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan.

“Tetapi saya juga nak memberi peringatan kepada naib presiden MCA, yang mana MCA sejak beberapa PRU yang lepas telah kehilangan sokongan orang Cina, malah kerusi yang sedia ada yang dimenangi oleh MCA juga adalah kerusi majoritinya orang Melayu,” katanya.

Semalam, Teik Cheng meminta Ahmad Zahid menerima hakikat bahawa sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu terus merosot.

Ini selepas Ahmad Zahid mendakwa BN mencatatkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman kerana ‘pengundi putih’ daripada parti itu tidak keluar mengundi.

“Zahid tidak seharusnya mimpi di siang hari atau berkhayal bahawa masih ada 10,000 ‘undi putih’. Sebaliknya, dia harus serius mengkaji mengapa Umno kehilangan sokongan,” katanya.

Baca artikel lain: PRK Kemaman: Majoriti lebih besar petanda sokongan kuat penyokong BN kepada PN

Sabtu lalu, Pas mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 undi hasil kiraan daripada keseluruhan 249 peti undi bagi PRK itu.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 64,998 undi manakala lawannya dari calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan 27,778 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Pas kali ini melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU14.

Pada PRU15, Che Alias berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman apabila menewaskan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Che Alias memperoleh undi 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. Bagaimanapun, kemenangan Che Alias terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lalu menerima petisyen difailkan calon BN, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This