KERAJAAN Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan diberikan kepada 48 daripada keseluruhan 59 ADUN serta seorang Speaker.
“Sebagai buah tangan kepada persidangan kali ini, kerajaan negeri bersetuju untuk membayar BKK ini.
“Saya umumkan dahulu sebelum ada yang bertanya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.
Baca artikel lain: Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu
Pemberian BKK itu akan melibatkan 22 ADUN kerajaan dan 26 wakil pembangkang.
Ketika pembentangan Belanjawan Perak 2024 minggu lalu, Saarani (BN-Kota Tampan) mengumumkan pemberian dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri termasuk 11 ADUN yang menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).
Dalam sesi penggulungan itu, Saarani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju meneruskan peruntukan pengurusan Pusat Khidmat ADUN RM7,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat.
Katanya, peruntukan itu boleh digunakan bagi membiayai bayaran elaun pegawai khas pusat khidmat masing-masing, membayar sewa pejabat, membayar bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

