Melayu akan terus jadi PM jika adil kepada kaum lain – Puad

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SELAGI pemimpin Melayu adil, inklusif, matang dan bijaksana kaum lain akan memberi kepercayaan terus kepada orang Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jika kepimpinan Melayu didukung oleh orang tidak matang dan bijaksana maka kaum lain tak perlu tunggu 100 tahun lagi untuk jadi Perdana Menteri.

Beliau pada masa tak bersetuju mendesak pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan berkenaan isu itu yang disifatkan sebagai tindakan tidak bijak.

“Rahsia utama ialah kematangan, kebijaksanaan dan kepimpinan. Itu kuncinya. Tidak perlu cara paksa. Kita tidak perlu meniru negara Fiji.

“Mahendran Choudary etnik minoriti India pernah jadi Perdana Menteri Fiji. Partinya menang pilihan raya. Jeneral Rabuka buat “coup detat” agar etnik Fiji dapat balik jawatan Perdana Menteri.

Baca artikel lain: Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid sebagai timbalan

“Apakah politik tidak bijaksana itu mahu dicontohi? Tidak perlulah PN mainkan isu ini untuk raih sokongan orang Melayu. Lupakanlah kaedah “tebuk atap” atau “langkah”. Itu pun jenis “coup detat” juga,” katanya di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan, supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan Ahli Parlimen Machang itu hadir selepas veteran DAP,Tan Sri Lim Kit Siang menegaskan tiada sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This