Bezza dipandu pengantin baharu hilang kawalan sebelum masuk laluan bertentangan – Polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan Perodua Bezza yang dipandu seorang pengantin baharu telah hilang kawalan sebelum terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 53, Jalan Klang – Teluk Intan, 10.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 20-an itu sedang memandu Bezza dari Klang ke Teluk Intan.

Setibanya di lokasi kejadian, Ramli memaklumkan, mangsa telah gagal mengawal kenderaan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah Honda City.

“Akibat perlanggaran itu, Bezza telah terbalik dan masuk ke lorong kanan jalan.

“Pada masa yang sama, sebuah Nissan Almera yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 50-an telah gagal mengelak lalu melanggar Bezza di sisi kanan sehingga menyebabkan Bezza terseret sejauh 11 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat kemalangan itu, pemandu Bezza mengalami cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UtusanTV sebelum ini melaporkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.05 malam.

Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati Norsyam Nassullah Rahim, 23, telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya Aini Hayati Mohd Radzi, 22, cedera di dagu serta patah kaki kiri.

Pemeriksaan pada kereta Nissan Almera mendapati Tein Kim Tai, 55, dan Tan Hui Cheng, 48 cedera  di dada dan leher.

Sementara empat wanita berbangsa India yang menaiki Honda City mengalami kecederaan dan telah di bawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Malah, Mohd Azizi Faez Mohamad Alias, 33, orang awam yang membantu mangsa kemalangan turut cedera parah akibat dilanggar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This