SEORANG tahanan yang dilaporkan bertindak melarikan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, Kota Kinabalu, Sabtu lalu telah berjaya diberkas semula.
Perkara tersebut disahkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais seperti dilapor Sinar Harian Online.
Menurut Shahurinain, tahanan tersebut telah ditahan semula di Tuaran, pagi tadi.
Beliau berkata, suspek diberkas pada pukul 11.50 pagi tadi ketika bersembunyi di sebuah pondok usang.
“Lelaki tersebut ditahan di sekitar kawasan hutan simpan paya berhampiran sebuah resort,” katanya.
Mengulas lanjut, Shahurinain turut mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang telah bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berhubung kes itu.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan oleh orang awam sehingga suspek berjaya diberkas,” katanya.
Baca artikel lain: Polis buru tahanan lolos dari Lokap Berpusat Kepayan
Sebelum ini, video tahanan terbabit bertindak memanjat pintu jeriji lokap tular dalam media sosial.
Media sebelum ini melaporkan, tahanan berkenaan telah memanjat pintu jeriji lokap mengikut tingkap di ruang senaman dan seterusnya keluar dengan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.
Petugas lokap kemudian cuba mengejar namun gagal apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran.
Shahurinain sebelum ini memaklumkan suspek yang dikenali sebagai Nazri Hassan, 33, itu dipercayai melarikan diri ketika diiring oleh anggota petugas lokap ke bilik siasatan bagi tujuan soal siasat pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.
Suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember atas kesalahan Seksyen 431 A Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek sebelum ini ditahan kerana kesalahan mencuri kabel.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

